Frogtoon Müzik

Change Your Life by Def Gab C

Sanatçı biyografisi Def Gab C

Kumpulan DeF-Gab-C Merupakan Sebuah Kumpulan Pemuzik Dan Penyanyi Yang Aktif Di Malaysia. Kumpulan Ini Menyampaikan Lagu-Lagu Melayu Yang Bernuansa Hard Rock Dengan Sentuhan Punk Emo/gothic Dan Pop Rock. Sejarah Awal Nama Kumpulan Ini Dikatakan Diilhamkan Oleh JS Kevin Seorang Penggubah Dan Penulis Lirik Lagu Rock Yang Terkenal Sekitar 80-An Dan 90-An. JS Kevin Bersama Joe Wings Merupakan Antara Individu Terawal Membantu Meluncurkan Kumpulan Ini Ke Persada Arus Perdana Setelah Sebahagian Mereka Pernah Bersama Beberapa Kumpulan Rock Mediocre Pada Awal 1990an. Hanya Pada 1997 Kumpulan Ini Berjaya Merakamkan Album Sulung Mereka Sendiri Yang Berjudul Citarasa. Album Sulung Def-Gab-C Ini Menampilkan Beberapa Lagu Berbahasa Inggeris Dan Sebahagian Lirik Dalam Bahasa Melayu Ditulis Oleh Bob Lokman. Single Ibukota Cinta Meletakkan Nama Kumpulan Ini Sebaris Dengan Kumpulan Hard Rock Sedia Ada Dalam Waktu Yang Singkat. Kemuncak Populariti Kelahiran Album Skala Pada Lewat Tahun 1999 Seterusnya Meletakkan Nama Def-Gab-C Ke Tahap Yang Lebih Baik Lagi. Lagu Cinta Sakti Yang Dicipta Oleh M. Nasir Berjaya Menawan Hati Pendengar Sehingga Pernah Dirakamkan Semula Oleh Kumpulan Senario Sebagai Lagu Cinta Sate. Kejayaan Sebenar Muncul Menerusi Album Ketiga Yang Berjudul Remifasolatido Yang Menampilkan Hits Nombor 1 Di Majoriti Carta Muzik Iaitu Marilah Maria Ciptaan JS Kevin Dan Juga Aku Dan Kamu Ciptaan Andi Rahman. Lagu Marilah Maria Membawa Pulang Trofi "Lagu Rock Terbaik" Di Anugerah Era 2001 Dan Juga Mara Ke Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 2001 Untuk Kategori Pop Rock. Album Ini Berjaya Mengukuhkan Nama Kumpulan Ini Dalam Waktu Singkat Hingga Meraih Trofi Di Anugerah Industri Muzik Ke-9 Pada Tahun 2002 Untuk Kategori Album Rock Terbaik. Tidak Hanya Berjaya Di Malaysia Kumpulan Ini Juga Menempa Nama Di Rantau Nusantara Terutama Indonesia. Album Ini Disifatkan Sebagai Album Paling Sukses Dalam Kerjaya Kumpulan Rock Ini. Menyusul Selepas Itu Ialah Album Merah Retrospektif Perspektif Yang Menyambung Legasi Hits Terhebat Kumpulan Ini Menerusi Lagu Merah Dan Arigato. Menerusi Lagu Terbang Kumpulan Ini Berkolaborasi Bersama Kugiran Terkenal Indonesia Iaitu The Fly. Ahli-Ahli Dianggotai Oleh Asheed Eddie Dan Pemain Drum Terbaru Mereka Iaitu Atong Yang Pernah Menganggotai Salah Sebuah Kumpulan Underground Di Malaysia Dan Cha'a Sebagai Pemain Guitar Yang Pernah Menganggotai Kumpulan Rampage Dan Flop Poppy. Asheed Merupakan Vokalis Yang Popular Di Malaysia Dan Hanya Segelintir Artis Yang Dikenali Kerana "attitude" Yang Tersendiri Di Atas Pentas. Persembahan Asheed Dengan Gaya Rambut Berwarna Warni Serta Gerak Tubuh Yang Agak Pelik Menjadi Signature Kumpulan Ini. Asheed Pernah Menyertai Pertandingan Realiti Sehati Berdansa Pada Tahun 2008. Anggota Semasa - Asheed Def-Gab-C - Vocal 1997-Present Eddie - Bass 1999-Present Cha'a - Guitar 2011-Present Atong - Drum 2004-Present Bekas Anggota - Nizam - Bass 1997 Lee Space - Drum 1997-2002 Jemboo - Guitar 1997-2006

BAŞLANGIÇ DEF GAB C
POPÜLER PARÇALAR KARIŞIMLAR ALBÜMLER
Video 1 : 50